Sayang Kinabalu

Sayang Kinabalu
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

sayang sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

sayang sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

 

source: http://www.free-lyrics.org

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah, Behor Mali, Perlis

Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Saadah (MTANS) merupakan sebuah institut pengajian AL Quran dan Tahfiz khusus untuk pelajar perempuan. MTANS elah ditubuhkan pada tahun 1990.

 

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Saadah ( MTANS ) ini telah ditubuhkan pada tahun 1990, hasil dari ilham pengasasnya Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdullah bin Hussien. Ia merupakan system pengajian yang kedua selepas pengajian Sekolah Rendah Islam ( SRI) yang diperkenalkan sejak 1980.

Atas kesedaran yang diberikan oleh ALIAH S.W.T maka lahirlah hasrat untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian untuk melahirkan penghafal-penghafal AL Quran yang semakin hari semakin berkurangan. Hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila kursus menghafal Al Quran 30 juzuk telah dilaksanakan buat pertama kalinya pada bulan Jun tahun 1999.

Pada mulanya pengambilan pelajar MTANS hanya terbuka kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1999 MTANS mengambil inisiatif untuk menukar pengambilan kepada perempuan sahaja, memandangkan ketiadaan Maahad Tahfiz khas untuk pelajar perempuan di negeri Perlis. Sehingga kini MTANS merupakan institusi tunggal bagi Tahfizul Quran Lil Banat di negeri Perlis .

MTANS mengamalkan sistem pengajian Tahfiz Al Quran sepenuh masa dan kelas Fardhu Ain. Kedudukan kelas pula diletakkan mengikut kelayakan dan tahap pendidikan pelajar. MTANS juga telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.

 

Sejarah

Pengasas Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Saadah(Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Bin Hj Husein )

Nama Allahyarham ialah Hj Ab Lah @ Abu Bakar bin Hj Husien. Beliau berasal dari Sungai Limau , Yan Kedah dan dilahirkan pada 25 September 1928.

Allahtarham Tuan Guru merupakan seorang yang sangat cintakan ilmu, ini terbukti apabila beliau tidak jemu-jemu belajar dari satu peringkat ke satu per¬ingkat, sehinggalah beliau menuntut di Makkah selama 20 tahun.

Setelah Allahyarham tamat belajar di Madrasah AI-Khairiah, Pokok Sena, beliau kemudiannya berkhidmat di salah sebuah sekolah di negeri Kedah. Setelah itu beliau berhasrat ingin menyambung pelajaranya ke peringkat lebih tinggi. Dengan itu tercapailah cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Makkah setelah beliau ditawarkan belajar di Maahad AI-Elmi, Makkah yang berbekalkan sijil Empat Thanawi. Setelah tamat, tuan garu kemudiannnya menyambung pengajian ke Madrasah Saqif , di Thoif. Pengajian terakhir beiiau ialah di Darul Ulum yang mana beliau telah berjaya memperolehi sijil A’ala dan menamatkan pengajian ke peringkat yang tertinggi.

Sekembalinya Tuan Guru ke tanah air, beliau berhasrat untuk mengembangkan ilmunya dart menabur bakti kepada anak bangsanya.

Berbekalkan keyakinan dan semangat yang jitu serta mendapat sokongan padu daripada keluarga , Tuan Guru berjaya menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Islah di Bohor Mali, Perils pada tahun 1980.

Pada tahun 1990, Allah yarham mendapat ilham daripada Allah SWT untuk membuka sekolah tahfiz, memandangkan generasi kini kurang menghayati Al Quran dan penghafal-penghafal Al Quran semakin berkurangan.

Semoga dengan apa yang dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru akan diganjari oleh Allah SWT dan menjadi salah satu amalan kekal selain meninggalkan anak soleh dan ilmu yang memberi manfaat setelah matinya anak Adam. Semoga dengan bakti ikhlas yang dicurahkan akan menjadi cahaya dan benih yang memancar dan menambahkan kebaikan untuk diri sendiri.

Harapan Allahyarham tidak berubah iaitu mengekalkan Maahad Tahfiz demi membentuk dan melahirkan generasi huffaz yang berwibawa yang mampu menghayati Islam berlandaskan Al Quran dan As Sunnah serta melahirkan pelajar yang berdaya ulamak, intelek, bertaqwa dan beramal Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham

 

Asrama

 

Sumbangan

Sebarang sumbangan / derma / zakat boleh dibuat melalui:

Nama: MAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH
NO AKAUN BIMB: 09-010-02-010644-7

MUSTAFA KAMAL BIN AB LAH
NO AKAUN MAYBANK: 1090 1744 7271

LAFAZ TERIMA ZAKAT / SEDEKAH

SAYA MUSTAFA KAMAL BIN AB LAH BAGI PIHAK MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MENERIMA ZAKAT / SEDEKAH TUAN/PUAN UNTUK KEGUNAAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH. JAZAKALLAAHU KHAIR.

BENDAHARI: MUSTHAFA KAMAL BIN AB LAH (012-421 5609 atau 013-446 2805)