Warisan kita dikongsi bersama
Dia Hanya Satu; Sampai Bila-bila
Coretan minda Syahmi Yem (http://theblackbook90.blogspot.com/2010/01/dia-hanya-satu-sampai-bila-bila.html)
Diterbitkan pada 12:16 AM, January 17th 2010
Terbaca artikel akhbar hari ini, seorang pelajar didakwa di mahkamah atas kesalahan menganggu dan mengancam orang lain di Facebook.
Terasa terpanggil untuk menulis tentang isu ni. Penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam. Struktur pewartaan dan akta yang objektif, tapi kurang penguatkuasaan; pendapat aku sendiri. Pertama dan yang paling penting, aku nak ingatkan semua sahabat-sahabat dan saudara aku, tolong jangan cepat melatah dengan isu ni. Mungkin sesetengah orang memandang isu ni sebagai sesuatu yang besar, tapi aku lagi suka tengok isu ni dari segi positif.
Dengan wujudnya isu kontroversi ‘story of the year’ macam ni, barulah jelas peranan NGO-NGO Islam di Malaysia. Cuba kita bermuhasabah sebentar. Apabila kita bercakap tentang isu kalimah Allah ni, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Ketepikan perasaan prejudis dan cuba selesaikan dengan cara Islam.
Dengan wujudnya isu ni jugak, ramailah yang cuba mengambil kesempatan. Menimbulkan provokasi, dengan tujuan memecah belahkan rakyat. Negara yang berbilang kaum, penuh dengan toleransi macam Malaysia ni memang kita boleh agak, Allah akan turunkan macam-macam ujian, terutamanya umat Islam yang disayangi Allah. Bergantung kepada rakyat dan pihak pentadbir untuk menguruskan ujian-ujian ni. Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara, yang perlahan-lahan berubah ke arah sekularisme, atas nama perpaduan kaum. Jadi bila timbul isu sensitif macam ni, semua pihak akan cuba ambil kesempatan demi kepentingan peribadi.
Jadi apa pendapat aku? Kalau daripada mata aku sendiri, seorang pelajar IPTA tempatan yang baru nak kenal dunia, kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh digunakan atas apa sebab dan alasan sekalipun. Jadi perkara ni perlu dihalang daripada terus berlaku. Fikirkan apabila perkara ini terus dibiarkan, akan timbul kekeliruan dalam umat Islam. Ini mungkin dilihat seperti perkara kecil, tetapi bayangkan apabila kekeliruan ini boleh membawa kepada murtad. Jika difikirkan betul-betul, tak mustahil boleh membawa kepada murtad. Teringat khutbah Jumaat kelmarin, khatib berkata, “Jika sekarang mereka merujuk Tuhan mereka (Jesus) sebagai Allah, tidak mustahil mereka akan merujuk gereja-gereja mereka sebagai Baitullah, dan kitab (Bible) mereka sebagai Kitabullah.” Risiko ini tidak perlu dipertimbangkan lagi. Nonsense untuk memberikan mereka hak tersebut.
23. “Dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan di dalam undang
undang Allah.”
(Surah al-Fath, 23)
Undang-undang manusia bukan undang-undang Allah. Keputusan Mahkamah Tinggi bukan keputusan Allah. Tetapi bukanlah bermaksud untuk menidakkan kedaulatan undang-undang, hanya peringatan bahawa wujudnya undang-undang Khaliq. Aku bukannya pandai pun dalam undang-undang, tapi aku ada cara sendiri. Yang penting, hormati keputusan mahkamah dan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin. Semoga dapat dipelihara iman dan takwa, dan tidak ditiup api benci ke dalam hati umat Islam.
Umat Islam mula gentar apabila pendakwah-pendakwah Kristian maju setapak lagi untuk menyebarkan agama mereka. Jangan gentar, kerana kita di pihak yang benar. Usah tunjukkan betapa rendahnya iman kita, akan datangnya pertolongan Allah. Yakinlah dengan kuasa Allah, dan perbaiki masalah ummah terlebih dahulu. Jika umat Islam bersatu, tidak akan terlintas walaupun sedikit keberanian golongan kafir untuk mempersoalkan Islam.
‘Dan sungguh, jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab, “Allah.” Katakanlah, “Segala puji bagi Allah,” tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.’
(Surah Luqman, 25)
Adakah setiap kalimah tauhid yang kita ucapkan tu bermakna? Adakah setiap kali kita mengucap syahadah, hati kita membenarkan dengan sebenar-benar iman? Adakah kita mengucapkan syukur, tasbih, dan istighfar benar-benar dengan maksudnya, ataupun semata-mata kerana adat? Mungkinkah kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak mengetahui? Semuanya perlu muhasabah. Jangan cepat melenting apabila orang mempermain-mainkan agama kita, sebaliknya cuba berusaha untuk meningkatkan takwa dan seterusnya, meningkatkan kekuatan ummah. Tidak perlu komen-komen pedas, “Nak aku lontar bom petrol ke?”. Benda ni tak menunjukkan Islam sebagai agama yang harmoni. Keganasan bukan penyelesaian.
| Print article | This entry was posted by fauzan on January 17, 2010 at 1:42 AM, and is filed under Religion. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed. |
Comments are closed.