Warisan kita dikongsi bersama
Green Living
Jom Hijau dalam kehidupan seharian
Nov 26th
Pencemaran di muka bumi kian bermaharajalela. Malang sekali dalam masyarakat kita sediki sekali kesedaran yang timbul untuk menjaga alam sekitar daripada terus dibinasakan. Tanpa cakap banyak izinkan saya ke perenggan seterusnya bagi berkongsi sedikit sebanyak cara-cara untuk menghijaukan lagi kehidupan seharian kita.
Membeli-belah
Selalu juga ya kita membeli belah. Baru baru ini, pasar raya besar banyak dah yang mengeluarkan beg beg yang boleh digunakan semula. Beg-beg ini terdapat dalam pelbagai design yang cantik molek. Tujuan utamanya adalah murni, iaitu untuk mengurangkan penggunaaan beg plastik. Selain dari itu, anda juga boleh membawa beg pilihan anda sendiri jika anda suka.
Membuang sampah
Alankah baiknya sekiranya kita dapat mengkelaskan sampah kita mengikut jenis seperti yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. Contohnya seperti sisa organik, kertas, plastik can kaca bolehlah diasingkan. ika anda malas menghantar ke tempat kitar semula, cuma pastikan anda mengkelaskan sampah anda tersebut mengikut jenis dan meletakkannya di tempat pembuangan sampah. Kebiasaannya, jika diasingkan dan dlabel dengan sempurna, pekerja yang mengutip sampah akan mengetahuinya dan hasilnya anda telah membantu mengitar semula!
Membeli lampu
Lampu kalimantang panjang 36 W berharga lebih kurang RM 16, termasuk perumahnya. Manakala bulb electric saver PHILIPS tornado 23 W hanya berharga RM 18 setiap satu. Dengan hanya menambah beberapa ringgit, anda boleh membantu menjimatkan penggunaan elektrik di rumah! Selain dai itu, anda juga dapat menolong menjimatkan bil elektrik rumah anda dengan bijaknya.
Menggunakan komputer
Penggunaan komputer secara berhemat juga dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Contohnya, gunalah setting ‘minimal power management’ (windows XP) atau ‘Balanced’ (Windows Vista/7) untuk menjimatkan penggunaan elektrik komputer anda.
Memandu kenderaan
Tidak perlu memandu pada RPM yang tinggi. Selain dari itu, early shifting juga membantu anda menjimatkan minyak kenderaan anda. Tidakkah saya memberitahu bahawa penggunaan kereta bertransmisi manual lebih menjimatkan minyak?
Menggunakan kertas surat khabar
Kertas surat khabar boleh digunakan sebagai pengelap cermin (memang sure shiny aaa) ataupun apa sahaja cecair. Guna dulu baru lupuskan.
Kertas A4 silap cetak?
Tidak mengapa. Tambah-tambah lagi yang hanya bercetak sebelah. Anda boleh menggunakannya untuk membuat kira-kira matematik atau apa sahaja tulisan. Kemudian setelah puas menulis barulah kertas tersebut sesuai dihantar untuk dikitar semula.
Lagi?
Jumpa lagi i siri akan datang. Terima kasih.