Warisan kita dikongsi bersama
Posts tagged Akhil Hayy
Bila Ustaz Rock menyanyi
Nov 10th
Suka sungguh saya mendengar lagu Ustaz Rock yang satu ni. Akhil Hayy – Kembara Di tanah Gersang.
Terrlebih dahulu, mari kita berkenalan siapakah Ustaz Rock nih. Nama beliau ialah Akhil Hayy. Dibesarkan dalam keluarga yang agak religious, Akhil semestinya mempunya asas yang kukuh dalam bidang agama. Namun begitu, Akhil juga melalui masa mudanya, seperti muda-mudi yang lain. Disifatkannya sebagai ‘tercicir’ seketika, Akhil telah me’lagha’kan dirinya buat beberapa tahun dengan menyertai kumpulan rock D’Riyadh. Tidaklah bermakna menyertai kumpulan rock boleh me’lagha’kan diri, tetapi ianya bergantung kepada diri seseorang itu jugak.
So bila Ustaz Rock ni kembali ke pangkal jalan, beliau mula menyepi daripada khalayak ramai untuk satu jangka masa yang agak lama, sebelum kembali kepada umum dengan imej serba baru. Ustaz Rock mula memberikan ceramah-ceramah agama, kebanyakannya di atas platform PAS. Beberapa kritikan yang agak pedas terhaadap kerajaan boleh didengar dalam ceramah-ceramah beliau. Peminat-peminat beliau juga turut memuat naik video ceramah beliau di Youtube. Populariti Ustaz Rock makin meningkat juga dengan terlancarnyaa almbum baru. Selain dari itu, Ustaz Rock juga turut diundang untuk beberapa program di televisyen.
Bila nama dah naik, kontroversi menghimpit. Alkisahnya, Ustaz Rock mula dikaitkan dengan Waheeda, seorang penyanyi wanita. Sedangkan waktu tu Ustaz Rock masih lagi beristeri. Pada mulanya mereka menafikan semuanya. Misteri kian terungkai. Nak tahu kronologi lengkap? Nanti saya sertakan lampiran.
Diringkaskan cerita, kini Ustaz Rock sudahpun menceraikan isteri lamanya dan sudah pun menikah dengan Waheeda.
Yeyyehhh…Ustaz Rock!